Karnival Jerantut & Tahun Melawat Jerantut 2012 (23-31 Mac 2012)

Pihak Majlis Daerah Jerantut telah mengadakan Karnival Jerantut & Tahun Melawat Jerantut 2012 pada 23-31 Mac 2012. Karnival ini berjaya diadakan hasil dari kerjasama semua jabatan kerajaan dan agensi yang terbabit. Karnival ini juga mendapat banyak sokongan dari pihak individu dan juga syarikat swasta. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sempena karnival tersebut. Pihak Majlis Daerah Jerantut ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak yang bersama-sama menjayakan karnival pada kali ini.